Saturday, October 31, 2009

My Antique Collection; OLD AL-QURAN CALLIGRAPHY / Koleksi Antik Saya : TULISAN KHAT (WOOD SKIN/KULIT KAYU)


Ini adalah tulisan ayat Al-Quran surah Al-Ikhlas yang dinukilkan dalam bentuk tulisan khat lama. Surah ini di nukilkan di atas sekeping kulit kayu lama. Tulisan ini seperti ditulis dengan menggunakan dakwat emas ditengahnya. Saya memperolehi tulisan surah ini dari seorang rakan semasa beliau melancong di India. Sehingga kini ianya menjadi tanda tanya dari mana asal tulisan khat ini. Tetapi yang pastinya dan yakin bahawa ianya adalah suatu seni yang telah lama atau antik. Saya telah merujuk perkara ini kepada yang pakar dan boleh dipercayai dalam hasil-hasil kajian lama di dalam negara kita dan mengesahkan bahawa tulisan surah Al-Ikhlas ini adalah suatu seni yang berkurun lama.

My Antique Collection / Koleksi Antik Saya : GELAS MERDEKA





Saya memiliki koleksi gelas yang dikeluarkan pada zaman KeMerdekaan. Gelas ini dikeluarkan hanya 10 unit sahaja pada masa tersebut dan saya memiliki seunit sahaja. Ia dihasilkan oleh seorang warga British bagi menyambut 31 Ogos 1957. Ini bermakna usia gelas ini sehingga kini menjangkau 52 tahun.

Saturday, January 31, 2009

Down to Memory Lane : IPOH MALI TALAK SOMONG

Memory Lane dibuka setiap AHAD seawal selepas solat subuh hingga terpacak tegak matahari... itupun kalo laghat nunggu lame2.

Memory Lane : Syurga penggemar barang antik

Barangan antik dari tembaga seperti dulang, senduk, besin, talam,
teko dan lain-lain lagi....

4 beg lama mengikut saiz

Jenis mesin lama. Sape boleh agak apakah mesin ini..???
Teman pun tak tau.... Lupe nak nanye..

Ha yang ni sape tau ape barang nye ni..??????
Lagi le teman tak tau.....
Yang ni tak payah nak nanye... ni pun tak tau ape bendenye pulak..
dalam antik2 ni pun banyak mende yang pelik2... oghang lame tau le ni agaknye..
Ha yang ni teman tau.. ade kipah(kipas), ade telefon lame, ade seterika
dan banyak lagi..
macam2 ade... yang tu helmet moto ke atau topi soldia (topi askar)
Huh nengok tu typewriter, telepon....apa lagi
Teringat dulu mase kecik2..dulu kalo beli ayo geh mane ade jua
dalam botoi plastik..mase tu botoi plastik pun tak mandang..